Cute & Adorable Stuffs ♥

Friday, 28 June 2013

IGAUAN SI CHARLIE DI UNIVERSITI TEMPATAN MALAYSIA

Views
Assalamualaikum semua. Topik perbincangan hari ini ialah CHARLIE The Insect :)

Serious Min cakap Charlie ini boleh dikatakan famous di kawasan kampus, kolej & etc. Memang dia famous, serius ^^

Kalau kita sebut pasal Charlie, mesti orang ingat Charlie ni nama manusia. Hahaha. Min teringat dekat housemates yang cakap " Siapa Charlie tu? Kawan korang ke? " 

Lepas tu, ada suatu hari ni Min cakap kat budak kelas, " Eh, korang pernah tgk Charlie tak? Aku tk pernah tgk, teringin nak tgk, sekali pun jadilah. " 

Malam tu, Allah swt perkenankan doa Min. Min jumpa si comel ini dekat bilik housemates. HAHAHAHA. Kayy, merepek banyak sangat.

Sebelum kita terus melangkah jauh, meh kita berkenalan dengan Abe Charlie :)



Rove Beetle atau nama lain Charlie sangat beracun (Racun Charlie bersamaan dengan 12 kali ganda racun Cobra) . Orang Melayu panggil SEMUT SEMAI / SEMUT KAYAP. Terdapat lebih kurang 47,000 jenis spesis untuk serangga ini. Saiznya yang kecil kurang 1cm. Charlie kebanyakkan dijumpai di padang padi, padang sekolah dan hutan. 


Charlie dewasa boleh hidup sehingga 40-60 hari.

 Di bawah sayap keras ini terdapat sepasang sayap lutsinar yang dilipat kemas. Selalunya, kumbang ini kelihatan merangkak dengan pantas di kawasan sekeliling dengan menyembunyikan sayapnya dan sekali pandang ia lebih menyerupai semut. Apabila diganggu kumbang ini akan menaikan bahagian abdomen supaya kelihatan seperti kalajengking untuk menakutkan musuh.

Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia.

Toksin ini dikenali sebagai 'pederin' (C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. 

Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya. 

Persentuhan dengan kumbang ini semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai 'dermatitis linearis', 'paederus (kumbang rove/ staphylinidae) dermatitis', 'whiplash dermatitis' dan sebagainya. *Rujuk Gambar di Bawah*






Terukkan? So, lebih baik mencegah daripada mengubati.

Kesukaan Charlie ^^

Tertarik pada cahaya lampu waktu malam. 


Cara-Cara untuk mengelak Charlie "minat" dekat kita ^^

  • Oleh kerana kumbang ini tertarik kepada cahaya pada waktu malam, tutup atau kurangkan penggunaan lampu dan tutup semua pintu / tingkap semasa epidemik kumbang tersebut. 

  • Gunakan jaringan nyamuk yang halus, semburan aerosol serangga, perangkap berpelekat dan sebagainya. *guna aerosol itu payah sikit. dia susah mati sebab dia lasak* 

  • Jangan duduk berhampiran dengan cahaya/ lampu, jangan memukul kumbang yang terdapat pada badan, cuma hembus/ tiup untuk menghindarinya. 

  • Jika tersentuh dengan kumbang ini, basuh segera kawasan yang bersentuhan dengan sabun dan air. SAYA ULANG SEGERA. RASA GATAL OR SUSPEK GATAL-GATAL PI MANDI TERUS.


 ATAU 

  • Letak bedak biar dia kering, tangan tu jangan menggatal pergi mengurut / mengusik / menggaru or sewaktu dengannya.


  •  Sesiapa yang mengalami alahan kulit yang teruk mestilah mendapat rawatan perubatan.


LASTLYYYYY! PALING CHARLIE 
BENCI IALAH UBAT GEGAT! Hewhew.

* ubat gegat tahu? Ala, yang macam mentos tu lerr. Bau dia busuk kan? Mmg betul, elakkan ubat gegat tu terkena cahaya matahari. Kalau kena cahaya matahari,habis bau ubat gegat bilik korang nanti. *

TIPS - TIPS untuk menyelamatkan diri daripada Charlie ~

  • Sebelum tidur, make sure katil korang "clear" daripada Si Charlie.

  • Kalau Charlie masuk bilik, buat cool sudah, jangan kecoh, tutup lampu untuk 10-15 minit. Pintu & tingkap make sure buka biar dia keluar bilik. 

  • Kalau jumpa Charlie singgah dekat badan, jentik je, jangan menjerit / pukul sampai penyek, sebab Charlie rasa tergugat kalau dengar bunyi bising ( jeritan ) and dia akan terus sengat. Kalau pukul sampai penyek, bila abdomen dia pecah, BISA dia akan mengalir di badan kita. Mulalah penyakit gatal sana sini. 

PLEASE TAKE NOTE : CHARLIE SEBENARNYA TAKDE MASALAH, TAK MEMBAWA MUSIBAH, DIA MENJADI BAHAYA BILA BAHAGIAN ABDOMEN YANG MENGANDUNGI HAEMOLIF AKA RACUN TU PECAH & RACUN TU LEKAT DEKAT KULIT KITA. 
 KEPADA SESIAPA YANG DAH TERKENA GIGITAN CHARLIE ITU, NAK BUANG PARUT CHARLIE, MIN ADA LISTKAN UBAT-UBAT YANG BERKESAN :)

UNTUK HILANGKAN PARUT :

CALAMINE CREAM 
*BELI DI PHARMACY*

ALOE VERA GEL ( FRUIT OF EARTH )
*BOLEH DIDAPATI DI GUARDIAN / WATSONS BERHAMPIRAN*


YOGURT NATURAL 
*APA-APA JENAMA BOLEH DIGUNA TAPI MAKE SURE DIA ASLI , JANGAN BELI YANG BERPERISA*

*SELAIN MENGHILANGKAN PARUT, YOGURT BOLEH DISAPUKAN DI MUKA UNTUK DIJADIKAN MASK & MENGALUSKAN KULIT MUKA *



TERKENA GIGITAN / SENGATAN / RACUN SERANGGA :

FUCICORT

GENTAMICIN

ITU SAHAJA DARIPADA MIN, MIN NAK MOHON MAAF KALAU ADA TERSILAP BAHASA OR TERKASAR ^^ 



YANG BAIK ITU DATANG DARI ALLAH SWT & YANG BURUK ITU DATANG DARI MIN SENDIRI. 

ASSALAMUALAIKUM WBT.




27 comments :

  1. dekat usm banyak sangat tolong saya :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. tekun banyak! mesti jumpa satu ekor dalam bilil setiap hari

      Delete
  2. Baru je tadi charlie dekat atas phone roomate saya. Thank you!!!

    ReplyDelete
  3. Baru je tadi charlie dekat atas phone roomate saya. Thank you!!!

    ReplyDelete
  4. saya boleh jdi gila dgn charlie ni

    ReplyDelete
  5. Kena kat muka. Berparut muka aku. :'(

    ReplyDelete
  6. Habis betis gua nie di sengat oleh beliau...n yg amat malang aku kene stay kat kolej tentera udara nie 3 tahun bah..depan gua bilik ade bendang..time mlm fobia nk bukak lampu..kalo bukak dh mcm open hause dah...si suku sakat charlie dtg beramai2...fed up gwa..mcm mane org alor stark nie boleh stay cool ja ngn charlie brown nie..:)

    ReplyDelete
  7. Terima kasih kak min atas tips2 tu.

    ReplyDelete
  8. Sy baru tkena 3 minggu lepas.. mase tu xtaw ape. xtaw mcm mn bole kene dan kt mn. Igtkan allergic mkn jd pegi farmasi. Die kate mukin ade spider geget ataw seranga bisa. Die bg ubat sapu. Saket die bdenyut dan panas. Seminggu jgk br kering. Arineh br tjumpe charlie neh kt celah sofa. Nasib baek sy xtenyeh ataw sentuh die sbb sy igt anak lipas. ( geli ) sy spray dgn aerosol, mmg betul liat betul die nk mati. Bl google dpt blog neh.. alhamdulillah farmasist sy bg ubat sapu yg tepat. Fucicort. Rasenya sbb mak sy pggl org mesin rumput awal bulan aritu tu yg die ikut sy blk.. hehehehe... thanks utk blog neh. :)

    ReplyDelete
  9. Aku baru kena...gatal..merebak satu badan...pkai ubat krim x ok...tp ada kawan ckap farmasi ada jual..sebut ja ubat charlie...wat masa ni alhamdulillah semakin baik..dah nak kering...aku amik garam masak letak dlam air..pas tu sapu..kalau gatal aku garu dgn garam hehehe.alhamdulillah berkesan

    ReplyDelete
  10. Semalam baru jumpa,takot la..

    ReplyDelete
  11. assalam.. thanks sbb share info ni.. sgt membantu.. tp sye nk tahu.. klau gune ubat gegat tu nk tabur kt mane? area tingkap & pintu eh? alhamdulillah... setakat ni xde pengalaman lg ngan charlie ni tp nk tau juge mcm mane nk halau serangga ni.. terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn kasi terdedah ngn cahaya matahari.nnti bilik bau ubat gegat.

      Delete
  12. Ubat gegat ?? lagi banyak datang si charlie tu adala .. haha ><' wallahualam

    ReplyDelete
  13. Thanks sebab share info ini... bdn ku sudah penuh dgn racun charlie.. x tertanggung rasanya... yg paling x tahan nya... 2 kali kene kat tmpt sama... tmpt tu da la sensitif... kang x pasal2 aq x da zuriat... 😭😭😭..

    ReplyDelete
  14. di uitm pulau pinang cawangan permatang pauh, ada jugak charlie nie...hbis leher saya kena sengat ngan binatang tu.....nak menjerit rasanya...bila berpeluh lagi la xthan...hahahaha....rsa cm nak mandi time dlm kelas jugak....hahahaha...

    ReplyDelete
  15. 'i had been KISSED by charlie?' ni lah perkataan keramat klo kene sengat gan nate beruk ni...

    ReplyDelete
  16. 'i had been KISSED by charlie?' ni lah perkataan keramat klo kene sengat gan nate beruk ni...

    ReplyDelete
  17. Your article on Charlie is Godsend! Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  18. Sy pun stress duk bhgian utara ni...selalu je jumps charlie..bru-baru ni my baby terkena xtau mcmne kat kaki..maybe time main2 atas walker..bile nmpak gelembung kat kaki...sy terus letak tepung ubi...tp letak air la ckit..bg pekat..then sapu kat dia punye biasa...pegang ke mlm...biasa tu da kering...sehari 3 ekor jumpa...kalau boleh dikatakan hari2 ada...saya xhalau...sy lenyek dia dengan pape then basuh la tempat tu..ada sekali tu dalam bilik sy siram dia dengan syampu..mati kot..geram..sebb kite ada baby..baru bape bulan..xleh tutp lampu...complicated betul..JD tu LA penyelesaian..awal jumpa,lenyek je dia
    ..huhuhuhu

    ReplyDelete
  19. Sy pun stress duk bhgian utara ni...selalu je jumps charlie..bru-baru ni my baby terkena xtau mcmne kat kaki..maybe time main2 atas walker..bile nmpak gelembung kat kaki...sy terus letak tepung ubi...tp letak air la ckit..bg pekat..then sapu kat dia punye biasa...pegang ke mlm...biasa tu da kering...sehari 3 ekor jumpa...kalau boleh dikatakan hari2 ada...saya xhalau...sy lenyek dia dengan pape then basuh la tempat tu..ada sekali tu dalam bilik sy siram dia dengan syampu..mati kot..geram..sebb kite ada baby..baru bape bulan..xleh tutp lampu...complicated betul..JD tu LA penyelesaian..awal jumpa,lenyek je dia
    ..huhuhuhu

    ReplyDelete
  20. Sy pun stress duk bhgian utara ni...selalu je jumps charlie..bru-baru ni my baby terkena xtau mcmne kat kaki..maybe time main2 atas walker..bile nmpak gelembung kat kaki...sy terus letak tepung ubi...tp letak air la ckit..bg pekat..then sapu kat dia punye biasa...pegang ke mlm...biasa tu da kering...sehari 3 ekor jumpa...kalau boleh dikatakan hari2 ada...saya xhalau...sy lenyek dia dengan pape then basuh la tempat tu..ada sekali tu dalam bilik sy siram dia dengan syampu..mati kot..geram..sebb kite ada baby..baru bape bulan..xleh tutp lampu...complicated betul..JD tu LA penyelesaian..awal jumpa,lenyek je dia
    ..huhuhuhu

    ReplyDelete
  21. Sy pun stress duk bhgian utara ni...selalu je jumpa charlie..bru-baru ni my baby terkena xtau mcmne kat kaki..maybe time main2 atas walker..bile nmpak gelembung kat kaki...sy terus letak tepung ubi...tp letak air la ckit..bg pekat..then sapu kat dia punye bisa...petang ke mlm...bisa tu da kering...sehari 3 ekor jumpa...kalau boleh dikatakan hari2 ada...saya xhalau...sy lenyek dia dengan pape then basuh la tempat tu..ada sekali tu dalam bilik sy siram dia dengan syampu..mati kot..geram..sebb kite ada baby..baru bape bulan..xleh tutp lampu...complicated betul..Jd tu LA penyelesaian..asl jumpa,lenyek je dia
    ..huhuhuhu

    ReplyDelete
  22. Hi Cik Jasmine. Hmm sebut pasal Charlie mmg banyak gila dkt hostel nie. Stress pulak sbb dalam 14 satu dorm nie, saya ja asyik kena. Dah banyak sgt parut tinggalan Charlie. Nak tanya, betul berkesan ke Aloe Vera from Friut of the Earth tu? Hehehe serabut dgn parut

    ReplyDelete
  23. Saya baru jer baca blog ni td.. lepas sejam sy kena cik charlie ni kat kaki.. haihla nasib.. sapa nak tgk charlie bleh la dtg kat tempat saya. Dah macam zoo charlie kat sini.. dari y nenek moyang sampai le cucu cicit ada sini.. mmg berlambak tahap melampau dewa banyak dia.. dulu sy jmpa sekor dah peral tahap bewak.. skrg jumpa charlie dah cam rutin harian. Skrg sy dah tukar hobi.. hobi sy harian bunuh cik charlies angel ni.

    ReplyDelete

Kekasih Hati Cik Jasmine ♥